Your are here: Home // Blog // Im Always With Nuffnang! Not Innity!

Im Always With Nuffnang! Not Innity!

hoho tujuan aku buat entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak buruk-burukkan sesiapa, tetapi ini kerana aku adalah ahli SETIA Nuffnang!  YA!! ahli setia Gliteratti Nuffnang (geli-geli)!! sampai bila-bila… Baru-baru ni aku banyak baca entry blog kawan-kawan bercerita pasal Innity sebuah rangkaian iklan berbayar terbaru di asia. Wah.. wah.. wah.. ramai benor aku tengok orang siok dengan Innity ni… tapi aku still dengan Nuffnang! I Ilove Nuffnang

Ramai aku baca diorang suka sangat dengan hasil income dari Innity ni.. sehari boleh dapat RM10-20 ringgit, sebulan ada yang sampai ribu riban.. Aku dah 3 tahun buat blog, income tak banyak mana pun janji ada.. aku tak tamak.. nak cepat kaya…, tapi terpulanglah.. aku still dengan Nuffnang!… aku ada masuk web innity baca dia punya TOSS, wah bukan main lagi kene ada 15,000 Pageviews per month, 3,000 Unique Visitors per month, Quality Content and will be updated frequently.. perrhhhh aku tau aku tak layak… cuba bayangkan bulan pertama korang dapat 3k unique visitor tapi 2bulan lepas tu dapan 1-2k je, adakah iklan korang akan ditarik balik?.. so duit terkumpul tu macam mana?.. haaa sebab tu aku cinta Nuffnang, senang dan boleh dipercayai… yang bestnya aku tengok ramai bloggers dari blogspot register Innity ni… tapi kat TOSS dia ada pulak cakap Websites must be hosted under a root domain. No sites hosted on free providers will be considered, bukan blogspot tu free blog providers ke?… orang Innity.. please explain

Aku tahu nuffnang punya iklan keluar kejap-kejap.. berbanding dengan innity yang sentiasa keluar menunggu mangsa klik iklan mereka.. tapi cuba korang buat entry yang berkualiti pasti iklan Nuffnang korang tu asik keluar je.. tak gitu.. hehehe alamatnya lepas ni orang Innity mesti hentam aku.. :-p jangan marah ye orang Innity sebab aku masih setia dengan Nuffnang. Bukan tak nak mencuba nasib tapi aku tak rela menduakan Nuffnang yang selama ni banyak bantu aku, cukuplah beristerikan satu.. tak sanggup aku nak kawin 2 mahupun 3 mahupun 4… satu pun dah cukup bagus.

Sebab tu I Love Nuffnang! banyak event dapat jumpa blogger lain.. dapat mengeratkan silaturrahim sambil buat duit, sambil blog, sambil-sambil tu mengajar kita untuk bersabar, bukan senang nak jadi senang.

so sesiapa yang masih belum tahu apa itu Nuffnang boleh skodeng web ini yew : http://www.nuffnang.com.my/

P/s : ada tak orang yang dah cashout duit dari Innity?…

Check my 1st cash out with Nuffnang! : http://mohdzaid.com/2009/10/14/terima-kasih-nuffnang.html

Popularity: unranked [?]

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2010 movies
Copyright © 2010 Mohd Zaid Othman . All rights reserved.
Designed by A1spysoftware.com. Powered by WordPress.