Your are here: Home // Diriku // Terima Kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (CEKIK DARAH)

Terima Kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (CEKIK DARAH)

Bodoh… Bodoh… Bodoh… Bodoh… Bodoh… …Bodoh… Bodoh…Bodoh… Bodoh… Bodoh… Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh…Bodoh… Bodoh… Bodoh…

Aku bukan bodohkan kau DBKL.. aku bodohkan diri aku yang tak ikut peraturan jalan raya…. dan terima kasihlah kepada staff yang bernama Muhamad Fadzil Bin Baharuddin A 5143 yang sudi mengeluarkan saman kat aku… Cekik darah nak mampos saman DBKL ni… saman parking sampai RM100 hengget… kot ya pun nak duit aku jangan la sampai saman sampai tercungap-cungap aku nak bayar… dah la bulan ni gaji aku cukup-cukup makan je.. lain la kalau aku ni orang kaya, anak orang kaya ke… setakat RM100 apa lah sangatkan…

Ya aku tahu memang salah aku sebab tak bayar parking kereta… tapi cuba la fikir kat KL ni especially tempat aku bekerja ni tempat parking memang mahal giler… kalau kat Times Square RM7.00, kat Plaza Berjaya RM20 maximum.. mana la aku mampu dengan gaji kecik macam aku nih… kalau setakat saman RM10-20 hengget tu kira berbaloi la juga kan…

Ahhh lantak lah… kalau nak sangat aku bayar tunggu la gaji… sekarang ni mana ada duit dah… ermmmm tapi kalau bayar dalam masa 14 hari dapat diskaun RM50… ermmmm makkk tolong bayar dulu bleh tak?.. heheheh orang dapat bonus nanti orang ganti balik :P … hehehehe…

DSC_0002

nampaknya lepas ni aku kene bawak motor je la hari-hari pergi kerja… ermmmm moral of the story jangan la parking sesuka hati korang yek… ingatlah undang-undang!! tapi undang-undang dunia ni kita boleh lari lagi.. .tapi undang-undang tuhan jangan main-main dek oii..

Popularity: 15% [?]

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2010 movies
Copyright © 2010 Mohd Zaid Othman . All rights reserved.
Designed by A1spysoftware.com. Powered by WordPress.