Lepas aku dan si dia berendek kat Wildlife park, kitaorang pergi cuba theme park yang lain… tapi masa tak mengizinkan.. dah lewat so terpaksa pergi ala kadar je.. Sunway Lagoon ni tak pernah lah nak sejuk… asik panas terik je.. berpeluh-peluh tiak… anashhhh!!!…. hehehe ni aku nak cerita sikit pasal Scream Park, kat sini korang akan ditakutkan oleh hantu-hantu yang tak seram langsung… bukan nak kutuk tapi aku tak rasa takut pun bila masuk rumah hantu ni.. dah la mahal giler.. tapi disebabkan tiket free so aku tak kesah sangatlah. Kat Scream Park ni kita akan berjalan menjelajah muzium, penjara hantu, dan lain-lain tak ingat aku…. ada la dalam 20minit perjalanan dalam rumah hantu ni… untuk maklumat 20 minit tu berjalan kaki ye bukan naik kerusi macam kat Genting tu… uhuuhu… kat dalam Scream Park ni hantu-hantu (orang) akan menakutkan kita secara depan-depan… face to face… tapi diorang tak akan sentuh kita.. dan kita tak dibenarkan menyentuh diorang… dalam banyak-banyak hantu.. hanya hantu pocong je yang buat aku cuak… memang aku seram giler bila cerita pasal hantu pocong ni… hehehhe… si dia pulak memang penakut asik menjerit je.. ada 4-5 orang perempuan yang sama trip dengan kami pun asik menjerik sampai bahu sidia kena cengkam oleh pelancong yang amat ketakutan sampai tak boleh kawal diri… ermmm aku tak dapat nak letak gambar sebab kat dalam Scream Park ni tak boleh bawak kemera so aku letak gambar pintu depan je la ye.. huhu
Kat Extream Park pula korang boleh naik kayak, Swan, berbasikal, ATV, Go-Kart, G-Force, Flying Fox dan macam-macam lagi… tapi untuk Go-Kart dan G-Force kena bayar asing… hhuh tak berani aku nak naik G-Force.. rasa menyesal pulak kutuk Abang Beautiful Nara ari tu… sorry abang Nara.. gua tak cakap takbur lagi hehehehe… disebabkan ketakutan aku tahap melampau.. aku dan sidia memilih untuk menaiki G0-Kart je… sorang RM20 atau naik satu motor dua orang RM25… ni 1st time aku bawak Go-Kart dok selama ni mengidam hari ni tercapai jua… sama juga dengan ATV yang selama ni aku tengok orang main kat TV tapi hari ni aku dapat rasa naik dan bawak… yahoooo
Biar saya yang bawak heheheeh kalau si dia yang bawak sah-sah masuk longkang hahahaha
Cewah macam pro je… hahaha padahal tak la laju mana pun Go-Kart ni.. laju lagi kereta wira aku tu hehehehe
Pegang handle tu kuat-kuat… kang melantun … saya nak bawak laju nih…
Setiap apa yang kita naik, mesti tulis nama dan bersetuju dengan syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan… huhu tak sabar aku nak naik ATV kat belakang tu…
Jangan lupa pakai alat keselamatan sebelum menaiki ATV ni.. kang buatnya kemalangan tak pasal-pasal masuk hospital..
Memang best naik ATV ni… ada jalan rata, berbukit, curam… perhhhh puas hatilah…
Si dia tak berani naik katanya… hehehe ok no problem… dapat bergambar dengan ATV pun jadilah hehehe..
Selepas beraktiviti lasak kita orang main kayak swan kat tasik pulak… huhu yang ni aku malas sikit.. sebab nak kena kayuh… sampai lenguh lutut aku mengayuh…
Gambar ni aku suruh pekerja Sunway ni snap… pandai gak ye budak bangla ni pakai Nikon D80 hehehehe…
Romantik tak?…. heheheh im sorry… jangan marah yaaa….
Selepas berextreme… kita orang pergi mandi manda kat Surf beach pulak…. tapi hari dah petang.. dah nak pukul 5.. hari pula dah gelap macam nak hujan… tapi sempat gak la kita orang mandi… huhu gambar mandi-mandi aku tak letak dalam blog ni… huhu PNC …. hahahah nak tengok bak 2 ringgit hihihihi…
Oh ye kat Amusement Park aku sempat naik cawan dan si dia naik apa kenapa tak benda tu.. tak ingat.. ala kapal yang pusing 360 darjah tu… huhu aku tak berani nak naik.. kang tak pasal-pasal darah tinggi aku naik.
Dengan muka selamba si dia naik kapal terbalik ni… perhhh aku mengucap 44kali.. sumpah tak nak naik…
ohoh… tu je lah gambar-gambar dan sedikit cerita tentang cuti-cuti Malaysia aku… sebenarnya ada lagi cerita pasal main Malaysia Largest Indoor Skating Rink, Sunway Pyramid Ice tapi disebabkan dah penat sangat aku nak tidur.. dah penat seharian bermain kat Sunway Lagoon ni dah nak depat pukul 5 pagi… lepas update blog ni aku nak tidur puas-puas… esok lusa lah ye aku letak gambar kat Malaysia Largest Indoor Skating Rink,Sunway Pyramid Ice. ChoW!
Popularity: 12% [?]
