Your are here: Home // Diriku // MY Sony DCR-SR47E Digital Video Camera

MY Sony DCR-SR47E Digital Video Camera

DSC_0017

Inilah digital video camera recorder kedua aku, baru je beli tadi kat SENQ (Seng Heng) The Mines Shopping Mall. Aku memang dari dulu dah tergerak hati nak beli digital video camera. Malu dowh! Video cam lama aku tu cap ayam dan gambar dia tak la bagus pun.  Kali ni aku beli brand Sony pulak… (DCR-SR47E) HDD dengan 60GB storage video dan gambar.  Kualiti gambar boleh 60x Optical Zoom dan yang bestnya vidcam ni Touch Screen dan Face Index. (malas nak berlagak)…

Memang puas hatilah aku beli kat SENQ nih, layanan dia pun mesra (ikut nada bob AF)… harga pun boleh tahan murah gak… untuk pengetahuan korang, harga video cam ni dalam RM2300++ tapi aku ahli SENQ dapat lah diskaun dalam RM500 so harga yang aku bayar dalam RM1800++ dan dapat free Mini LED Photo Frame, Beg, dan satu extra battery lagi hehehe.. disebabkan bulan ni  tahun ulangtahun SENQ, dengan setiap pembelian lebih seribu dapat free pinggan kaca lagi… Perhhh beli satu percuma empat… ok gak tuh..

DSC_0009

Inilah yang aku dapat dengan harga RM1800+ , Beg Camera, LED Samsung Photo Frame, Pinggan Kaca dan diskaun RM500.

DSC_0016

DSC_0019

Pandangan Sisi HandyCam HDD Sony aku…

DSC_0015

LED Photo Frame Samsung ni diorang kasi free,…. dapatkan sehingga stok masih ada…

Aku belum boleh cakap apa-apa pasal handycam ni sebab aku belum pakai sepenuhnya, nanti lepas seminggu dua aku pakai aku cerita kebaikkan dan keburukan handycam ni kat korang ye…

Untuk maklumat tentang SENQ dan harga Handycam ni boleh akses terus disini : http://www.senheng.com.my/

Popularity: unranked [?]

filed under: Diriku Tagged with: , , , , , , , , ,

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2010 movies
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Copyright © 2010 Mohd Zaid Othman . All rights reserved.
Designed by A1spysoftware.com. Powered by WordPress.