Your are here: Home // Diriku // Bateri Oh Bateri

Bateri Oh Bateri

Bateri kereta aku dah mampos!!, hahahaha aku ni nama je pakai kereta, tapi aku kurang mahir pasal kereta ni. Alah tak apa susah-susah tanya orang baik aku tanya Youtube.com siap tunjuk cara-cara pasang battery kereta lagi. Puas aku tanya orang, ada yang cakap buka cabel positive (+) dulu baru negative (-)… ada pula cakap buka negative (-) dulu baru positive (+).. arrrhhhh susah-susah aku buat je cara aku.. caranya adalah ‘lu fikirlah sendiri‘. Anyway thanks ye kawan-kawan yang sudi mengajar aku serba sedikit tentang tukar bateri kereta ni.

Untuk makluman korang, baru tahun lepas aku tukar bateri kereta ni.. pakai sel basah.. tak silap aku bulan 5 tahun lepas ganti. Tapi sekarang dah kong… korang nak tahu tak apa punca dia hahahaha… air bateri dah kering kkkekeke… sebab apa bila aku buka aku tengok dah kontang dalam tu, So apa lagi aku pergi la beli air bateri kat Petronas, beli 2 botol rm4.00 je.. sempat gak la beli air Nescafe Moca untuk hilangkan dahaga hehehe.. ingat kereta je nak charge semula.. tuan dia pun nak gak..

Balik je rumah dah la hujan lebat, abis aku basah kuyup… dengan tak sempatnya aku pun terus tuang air bateri tu sampai penuh.. cuba start pun tak boleh gak… arrhhhh membazir je rm4.00, aku dah fedup aku terus je pergi kedai kereta dan beli bateri baru sel kering.. RM180 tapi tolak bateri lama dapat RM165.. ok lah kan,.. walaupun aku ni tengah pokai tapi aku laburkan je lah…

22102009_001

Ni dia bateri lama yang dah kong… masih belum cabut sebab konfius nak cabut cable mana dulu..

Sampai rumah aku pun siap dengan sarung tangan plastik, jiran-jiran pun pelik mana taknya sejak bila aku jadi ‘pomen’, takut gak kalau-kalau kene renjatan atau percikan api.. kang tak pasal-pasal keras aku kat sini.. alhamdulillah lepas je tukar bateri semuanya berjalan seperti biasa… Yahooooo kereta aku dah boleh jalan…. so lepas ni kalau ada sesiapa yang nak tukar bateri kereta tu panggil la aku ye.. aku caj rm50 duit pemasangan… nak?… hehehehe

22102009_002

Ni pulak bateri baru beharga RM165.00 selepas tolak bateri lama RM15.00 … alhamdulillah dapat pasang dengan selamat walaupun ada percikkan api,… cuak gak kejap..

Popularity: 8% [?]

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2010 movies
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Copyright © 2010 Mohd Zaid Othman . All rights reserved.
Designed by A1spysoftware.com. Powered by WordPress.