Malam tadi berlangsungnya malam kemuncak Konsert Pesta Malam Indonesia 3 di tapak letak kereta Stadium Bukit Jalil yang dihadiri lebih dari 10,000 peminat Malaysia dan Indonesia. Malam yang sungguh gemilang ini dianjurkan oleh Fat Boys dan di taja oleh TM, Western Union, The Saujana Hotel dan lain-lain lagi, Penaja utama, Telekom Malaysia Berhad (TM) juga penganjur, Fatboys Records Sdn Bhd, cukup berbangga dengan kejayaan ini. Walaupun pada tahun ini hanya 5 artis dari Indonesia yang di terbangkan ke Malaysia berbanding 6 kumpulan pada tahun lepas, antaranya kumpulan yang di terbangkan pada tahun ini adalah Padi, Andra & The Backbone, Sheila on 7, Gigi dan Dewa. Persembahan mantap kelima-lima artis itu dimulai dengan dua kumpulan dari Malaysia iaitu Aku dan Jinbara.
Seawal jam 11 pagi, pesta tersebut mula dibuka kepada pengunjung. Tiket pada malam itu berharga RM63, berbanding pada tahun lepas hanya RM50 setiap seorang, Pengunjung juga akan mendapatkan Kad I-Talk sebanyak RM10 dengan setiap pembelikan tiket serta boleh memenangi 2 gitar yang ditandatangani oleh artis PMI3 . Sehingga pukul 3 petang, barulah konsert bermula selepas pengunjung puas melawat gerai-gerai yang terdapat di tapak pesta itu. Antara gerai yang terdapat di situ adalah gerai TM, I-talk TM, Junk, dan penaja-penaja lain termasuk gerai menjual makanan dan minuman. Konsert yang dihoskan oleh penyampai Hot FM iaitu Ann dan Kiran itu dimulakan dengan persembahan band popular Malaysia iaitu Kumpulan Aku dan Jinbara.
Rasanya ada yang tak kena kat band Malaysia kerana bagi aku sebagai wakil Media disitu merasakan persembahan kumpulan Aku dan Jinbara tidak ada sengat. Kumpulan Aku juga baru mendapat tempat di radio dan masih belum popular lagi lagu mereka.. aku sendiri tak tahu lagu mereka… Kumpulan Jinbara pulak perlu banyak stamina kerana baru menyanyikan beberapa lagu tetapi vokal utama sudah mengeluh keletihan dan pancit. Hurrrmmm.. kenapalah pihak penganjur pilih mereka?… rasa macam membazir pulak… apa-apa pun aku puji semangat artis Malaysia yang sudi menjadi artis pembuka PMI3 pada tahun ini.
Pentas dihangatkan oleh kumpulan Padi yang sungguh gempak. Aku macam tak percaya yang lagu-lagu mereka ni boleh tahan gak antara lagu-lagu yang disampaikan adalah Sang Penghibur, Begitu Indah / Sesuatu Yang Indah, Menanti Sebuah Jawaban, Indonesia Pusaka dan banyak lagi. Sebelum ni aku tak berapa minat dengan kumpulan Padi ni, tapi setelah berjumpa pada sesi media tempoh hari aku rasakan kumpulan ini amat sopan dan peramah sekali. Haaa macam ni lah yang kita cari tak sombong walaupun berpesta dinegara orang. Sejurus selepas itu persembahan diteruskan oleh kumpulan Andra & The Backbone dengan lagu-lagu hit mereka Kepayang, Main Hati, Hitamku dan lagu hit di Malaysia iaitu Sempurna dan banyak lagi. Ini adalah kali pertama mereka mengadakan konsert besaran di Malaysia dan satu peniktirafan kepada mereka kerana menjayakan pesta malam ini dengan jayanya.
Selepas hampir 3 jam persembahan Padi dan Andra & The Backbone, giliran Sheila on 7 pula beraksi di pentas antara lagu yang dinyanikan adalah Pemuja Rahsia / Itu Hatiku, Berhenti Berharap dan banyak lagi. Kali ini So7 berjaya memukau dengan lagu-lagu lama dan baru dari album mereka. Duta (vokalis) juga berjaya membuat keadaan pentas dan pengunjung terkawal. Terdapat juga sedikit kekecohan berlaku tetapi ianya dapat diatasi dengan adanya pihak keselamatan dan Polis di tapak pesta tersebut.
Duta dan Error sedang asik mendendangkan lagu Yang Terlewatkan dari album terbaru mereka
Persembahan disusuli persembahan dari kumpulan Gigi, Vokalis Gigi (Arman Maulana) pandai membuat lawak dan berinteraksi dengan penonton serta aksi lincahnya yang bersahaja diatas pentas membuat ramai penonton ketawa dan terhibur dengan persembahannya. Hampir 1 jam persembahan Gigi, dikejutkan pula dengan persembahan oleh anak-anak Ahmad Dani (Dewa) iaitu pendatang cilik Lucky Laki. Aku dah agak dah tahun ni mesti ada kejutan, persembahan anak-anak mereka memang menambat hati penonton dengan lagu popularnya Superman dan sandaran Munajat Cinta. Selepas dari persembahan Lucky Laki barulah penamat dengan kumpulan Dewa yang mendengangkan lagu-lagu seperti Pangeran Cinta, Separuh Nafas, Perempuan Paling Cantik Di Indonesia, Sedang Ingin Bercinta dan banyak lagi.
Mantap dan bertenaga vokalis kumpulan Gigi Arman Maulana
Kumpulan Cilik Lucky Laki mendendangkan lagu Superman…
Once memang power… memang bertenaga di atas pentas..
Ahmad Dani.. menunjukkan skill bermain gitar…
Mejoriti dari pandangan aku konsert tahun ni boleh dikatakan puas hati, tiada sebarang kekecohan serius berlaku.. (lagi pun aku tak ambik tahu sebab dapat duduk depan) hehehe… harap-harap tahun depan dapat la buat PMI4 pula ye… kepada pihak Fat Boys dan En. Wan terima kasih banyak-banyak atas undangan dan penghargaan anda. Mungkin selepas ini kita boleh bekerjasama lagi dimasa akan datang.
Seawal pukul 10 pagi, pesta tersebut mula dibuka kepada pengunjung pesta itu dengan caj tiket masuk sebanyak RM50 setiap seorang.
Sehingga pukul 2 petang, barulah konsert bermula selepas pengunjung puas melawat gerai-gerai yang terdapat di tapak pesta itu.
Antara gerai yang terdapat di situ adalah gerai Tune, I-talk TM, termasuk gerai menjual makanan dan minuman.
Konsert yang dihoskan oleh penyampai Hot FM iaitu Leya dan AG itu dimulakan dengan persembahan band popular Malaysia iaitu Meet Uncle Hussein dan Hujan.
Popularity: 23% [?]

