Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi (PESTA BUKU ANTARABAGSA 2010, PWTC KL, 19-28 MAC 2010)

Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh : 19-28 Mac 2010

Booth : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

Penulis : Zara Aluwi

Harga Semenanjung : RM 21.90

Harga Sabah/Sarawak : RM 24.90

[ Dapatkan Novel Tidakkah Ada Rindu (Zara Aluwi) dan diskaun terhebat di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010, PWTC KL, 19-28 MAC 2010 ]

Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

Popularity: 4% [?]

My Favourite Surfing Spot

Internet adalah satu medium untuk aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar, aku tak boleh hidup kalau tanpa internet walaupun sesaat. Ya memang betul aku tak boleh hidup tanpa internet, ada orang tak boleh hidup kalau tak makan.., internet sudah menjadi kemestian setiap orang tak kira muda ataupun tua. Mak aku pun pengguna internet tau.. sebut saja Facebook, Twitter .. semua dia layan.. tak caya cuba jadi kawan dia kat Facebook dan tengok game Farmville dia.. huh kalah korang punya level.. hehehe.

Bagi sesetengah orang “My Favourite Surfing Spot” untuk melayari internet dekat rumah, pejabat, cafe, tempat awam, shopping complex dan lain-lain.. sama macam aku gak.. tempat yang paling aku suka untuk melayari internet adalah di rumah, tapi yang paling best adalah ditempat kerja. Sebab apa?.. sebab kat tempat kerja aku ada spot baikkk punye untuk berinternet. Huhu.. bukan apa kat office ni ada member pakai P1 W1MAX .. Walaupun aku bekerja ditingkat 4 dibangunan 20 tingkat tapi rangkaian P1 W1MAX tetap pantas dan lancar. Tak pernah lagi sangkut-sangkut dan terputus talian.. sebab tu aku sangat teruja bila berinternet di office. Memang aku kerjakan hari-hari internet P1 W1MAX kawan aku tu hihi…

Banyak review dan komen yang aku baca di Twitter pasal P1 W1MAX ni. Semuanya yang bagus-bagus.. sebab memang bagus pun.. aku ingat lepas ni aku nak POTONG line “Screamyx” rumah aku tu lah.. dan nak bertukar nak pakai P1 W1MAX pulak lepas nih.. siapa kata guna broadband tak pantas.. sebab aku dah cuba lah aku nak POTONG. hehehe POTONG jangan tak POTONG…Tambahan pula sekarang P1 W1MAX telah keluarkan Modem terbarunya iaitu WIGGY revolusi modem mobile terbaru, lagi kecil dan sangat mudah dibawa kemana saja, yang bestnya download speed boleh capai sehingga 10mbps dan hanya RM149 sebulan… wahhh sangat berpatutan dan sesuai untuk blogger yang kaki internet macam aku nih.. tapi kalau nak info lanjut boleh semak di http://www.p1.com.my/wimax/overview_ref.aspx

P1 WIGGY USB Modem... kecil-kecil cili padi... sudah cuba pasti nak pakai lagi... hhehe

Inilah SPOT AREA aku berinternet dikala tiada kerja.. harap-harap bos aku tak nampak lah kalau tak lepas ni tak boleh main internet lagi hehehehe... Ini P1 W1MAX kawan aku.. huhu lepas ni aku nak pakai P1 W1MAX terus lah... CayalahHHh!

5 Perkara yang best sangat tentang P1 W1MAX nih??..

1) Spot area dia sangat meluas… ceruk mana pun ada connection…

2) Rangkaian yang tiada sempadan.. maknanya kestabilan line dan connection P1 W1MAX sangat puas hati

3) Mudah alih.. boleh dibawa kemana saja.. dalam toilet pun boleh.. dan Tanpa talian telefon FIX Line…

4) Murah dan berpatutan..

5) Plug & Play .. yang ni aku paling suka sebab senang..

Untuk pengetahuan semua P1 adalah penaja untuk Project Alpha Season 2 tahun ini, dan antara top blogger yang terlibat seperti KY, Si leser Azwan Ali , Niki, Ninie Ahmad,  Cheesie, Shaolin Tiger dan Joe Lee (Klubbkidd). Jadi jangan tunggu lagi langgan P1 W1MAX dan ikuti siaran Project Alpha Season 2 ini tanpa gangguan. Ingat!! gunakan P1 W1MAX saja tau… heheheh

Untuk tidak ketinggalan, dapatkan info terkini tentang Project Alpha Season 2 ini di www.facebook.com/projectalpha dan http://twitter.com/ProjectAlphaMY atau klik je icon dibawah ni.. ;-)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Popularity: unranked [?]

Album Review – Cinta Laura

-ALBUM REVIEW-

-

Status : Dipasaran Sekarang
Track Listing:

1. Cinta Atau Uang
2. Cape Hati
3. Shoot Me
4. Ya Iyalah
5. You Say AQ
6. Kebebasan
7. We Can Do It
8. Oh Baby
9. Guardian Angel
10. Let Me Go

Siapa tak kenal gadis cun, periang, comel dan kecil molek yang berasal dari Quakenbrück, Germany iaitu tak lain tak bukan, Cinta Laura atau nama sebenarnya Cinta Laura Kiehl. Darah campuran kacukan Jerman-Jawa, sebelah bapa Michael Kiehl (Jerman) dan sebelah mak Herdiana (Jawa, Indonesia) dilahirkan pada 17 Ogos 1993

Kalau di Malaysia bila sebut saja nama Cinta Laura pastinya teringatkan dengan drama sinetron iaitu “Upik Abu Dan Laura” yang disiarkan di TV3 suatu masa dulu. Cinta Laura ni sangat berbakat dalam bidang lakonan tapi dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Jangan ingat Cinta Laura hanya pandai menyanyi dan berlakon tau, kalau nak tahu sebelum dia menceburi dalam bidang seni dia seorang finalis ratu cantik dalam pertandingan Top Model 2006, tak salah lah kalau saya berikan dia jolokan awek cun hehehe.. sebab dia memang cun pun..

Kalau dulu masa cerita “Upik Abu Dan Laura” ditayangkan di TV3 pastinya kita terbuai dengan lagu tema cerita tersebut iaitu “You Say AQ”, lagu yang penuh tenaga dan energetic dari Cinta Laura. Adik-adik sepupu aku semua hafal lagu tu.. hari-hari nyanyi sampai aku pun turut hafallirik lagu tu.. cayalah.. memang best Cinta Laura ni..

Khas untuk peminat Cinta Laura di Malaysia.. haaa dengar sini! album debut terbarunya berjudul “CINTA LAURA” telah berada dipasaran Malaysia pada 2 Mac 2010 dan diterbitkan oleh SONY MUSIC ENTERTAINMENT INDONESIA. Lagu-lagu dalam album ni sangat best dan berirama catchy membuatkan kita pasti nak meloncat-loncat ketika mendengarnya. Cinta Laura sangat fasih berbahasa inggeris dan tidak kekok untuk berbahasa Indonesia, jadi dalam album ini diselitkan kedua-dua bahasa yang menjadikan lagu-lagu didalam album ini kedengaran unik sekali. Tak usah risau dengan bahasa yang ditampilkan dalam album ini kerana semua lagunya mudah difahami.

Dalam album “Cinta Laura” ni terdapat 10 buah lagu yang berentak catchy dan electro-pop. Lagu-lagu yang dimuatkan didalam album ni adalah Cinta Atau Uang, Cape Hati, Shoot Me, Ya Iya Lah, You Say AQ, Kebebasan, We Can Do It, Oh Baby, Guardian Angel dan Let Me Go. Antara lagu yang paling aku suka adalah Ya Iya Lah sebab irama dalam lagu ni sangat best sekali dengan lirik lagunya yang nakal dan manja. Lagu “Cinta Atau Uang” pasti menggamit hati kerana menggabungkan suara seperti kanak-kanak. Terdapat juga lagu berenta balada “Capek Hati” yang mendapat sentuhan dari komposer terkenal Indonesia iaitu Dewiq. Lagu “Shoot Me” macam dengar ganas je kan.. tapi lagu ni best rentak dia ala-ala era 80′an atau  Ace of Base yang berentak muzik electro. Dalam album ini juga dimuatkan dua buah lagu yang diambil dari album Oh Baby Soundtrack iaitu lagu “Oh Baby” dan “We Can Do It” yang merupakan single pertama yang dirakan Cinta Laura selama 3 bulan. Lagu-lagu ini telah mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Ramadhan, DJ Sumantri, Novi Umar, Teguh D dan Rayen Pasto sebagai guru vokal.

Jadi kepada peminat-peminat Cinta Laura di Malaysia jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan album terbaru “Cinta Laura” di kedai cd berhampiran anda. Kalau malas nak pergi kedai CD beli je secara online di www.Sonymusic.com.my dengan harga RM31.90 , tapi ingat..!! beli yang original ye.. SAY NO CETAK ROMPAK!! ..

Popularity: unranked [?]

2010 movies
Copyright © 2010 Mohd Zaid Othman . All rights reserved.
Designed by A1spysoftware.com. Powered by WordPress.